BlackBerry Playbook 2.0 Kini Sedia Dimuat Turun

Research In Motion hari ini mengeluarkan kemaskini rasmi bagi sistem operasi Blackberry Playbook 2.0 kepada orang ramai dengan membawakan beberapa fungsi-fungsi baru.

blackberry playbook os 2 0 update BlackBerry Playbook 2.0 Kini Sedia Dimuat Turun

Antaranya adalah sokongan untuk mengintegrasikan emel dan juga sambungan kepada laman sosial Facebook, Twitter dan LinkedIn yang mana akan turut sama digunakan pada Contacts dan juga pada kalendar. BlacBerry App World turut sama dikemaskini dengan beberapa aplikasi baru yang turut sama membawakan sokongan beberapa aplikasi Android untuk turut sama digunakan padanya. BlackBerry Bridg pula akan membolehkan pengguna menghubungkan telefon bimbit BlackBerry pengguna kepada Playbook untuk dijadikan sebagai papan kekunci dan tetikus.

Antara lain kemaskini adalah keupayaan pelayar web yang dipertingkatkan, aplikasi baru Print To Go dan Video Store. Kemaskini bagi Playbook kini sudah boleh dimuatturun oleh orang ramai. Kami menasihatkan agar pengguna menggunakan sambungan Wifi bagi mendapat kemaskini ini kerana ia bersaiz 505MB.

About The Author

Beta adalah identiti bagi penulis utama di laman ini. Anda boleh mengikuti kami di Twitter untuk kemaskini terbaru dari kami.

Tiada Komen

Tinggalkan komen anda


CommentLuv badge