Fungsi baru Timeline yang diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini membolehkan anda melihat siapa yang telah “unfriend” anda. Walaubagaimanapun, ia tidak dipaparkan dalam bentuk notifikasi tetapi memerlukan anda menyemak sendiri. Bagi yang belum mendapatkan fungsi timeline, ikuti cara-cara mendapatkannya disini.
Untuk melihat rakan yang “unfriend” anda pergi ke profile Timeline anda dan tekan pada mana-mana tahun. Kemudia pergi ke bahagian timeline anda yang memaparkan rakan facebook anda. Klik pada bahagian “Made x New Friends”. Anda akan dapat melihat senarai rakan anda yang ditambah pada tahun tersebut. Rakan yang “unfriend” anda akan mempunyai pilihan “Add as friend”.
Walaubagaimanapun, cara ini tidak semestinya menunjukkan rakan yang unfriend anda tapi juga rakan yang anda sendiri unfriend.
macam mna nk lihat semua rakan di timeline…
ade yg ‘mutual’ jer…
hahaha…
mood : biase la..bru knl facebook…:)