Salah satu fungsi yang membezakan Google+ dan juga Facebook adalah Circles dimana orang ramai boleh meletakkan orang dalam Circle yang berbeza bagi kumpulan yang berbeza. Kini Google+ membawakan kemaskini kepada orang ramai dimana anda boleh berkongsi Circles anda kepada orang ramai.
Fungsi tersebut akan membolehkan orang lain menambah rakan anda pada Circles tersebut sama ada kesemuanya atau sebahagian sahaja kepada Circle yang baru. Walaubagaimanapun, Circle yang baru dicipta itu tidak akan dikemaskini jika pemilik asal Circle tersebut mengubah bilangan ahli didalamnya. Untuk lebih maklumat berkenaan fungsi baru ini, sila lihat video di bawah :
Tiada Komen