HP Deskjet 2060, Cetak Lebih Pada Harga Yang Murah

Kami sering kali menggunakan pencetak untuk pelbagai urusan. Malangnya kos bagi membeli catridge selalunya tinggi, lebih-lebih lagi bagi catridge original. Selalunya pengguna akan menggunakan Continuous Ink Supply System (CISS) atau sambungan bekalan dakwat luaran yang menawarkan harga lebih murah. Pernah ada mencadangkan kami menggunakannya tetapi secara peribadi kami kurang menggemarkannya kerana ia memerlukan penjagaan dan penggunaan yang baik. Jika tidak kebocoran atau tiub tersumbat boleh memberikan masalah.

hp ink advantage HP Deskjet 2060, Cetak Lebih Pada Harga Yang Murah

Kami menggunakan pencetak HP dengan catridge HP 60 yang dijual pada harga sekitar RM43-RM50 untuk warna hitam. Catridge ini biasanya membolehkan pengguna mencetak sehingga 200 helai muka surat sahaja. Mungkin sekitar 300 jika ditetapkan untuk kualiti rendah. Jika dibahagikan, satu muka berharga lebih kurang RM0.16.

hp 2060 HP Deskjet 2060, Cetak Lebih Pada Harga Yang Murah

Kami bercadang membeli pencetak baru memandangkan pencetak lama sudah rosak dan tidak boleh digunakan. Kebetulan kami ke kedai dan menjumpai pencetak HP 2060 yang masih lagi baru-baru dijual. Harganya mungkin sedikit mahal iaitu RM249 tetapi menariknya adalah catridge yang digunakan dijual pada harga yang jauh lebih rendah tetapi membolehkan cetakan yang lebih banyak.

Catridge yang digunakan pencetak HP 2060 adalah HP 704 yang dijual pada harga RM27. Lebih menarik, ia boleh mencetak sehingga 500 muka surat. Jika dibahagikan, satu muka surat berharga hanya RM0.05. Bukan sahaja lebih murah berbanding menggunakan pencetak dengan catridge HP 60 tetapi juga dijual pada harga lebih kurang pencetak CISS.

Jika anda mencari pencetak baru, kami mencadangkan HP 2060 untuk penjimatan jangka panjang. Ini bukanlah review berbayar tetapi sekadar perkongsian bagi orang ramai. Dapatkan lebih maklumat dari laman mereka

About The Author

Beta adalah identiti bagi penulis utama di laman ini. Anda boleh mengikuti kami di Twitter untuk kemaskini terbaru dari kami.

6 Komen

  1. Aizan Fahri says:

    seriously, bila aku masuk Uni nanti memang aku akan cari yg tak pakai CiSS memandangkan CiSS kadang agak #fakap bila tersumbat. Deskjet 2060 still inkjet kan? nmpak macam cool semacam je dgn 1 catridge dapat print up to 600.

    tapi buat masa sekarang, aku still prefer LaserJet (RM350 +/- dah okay). Walaupun toner dia mahal (RM100 +/-) tapi dapat print sampai ribuan kertas utk monokrom. Takbest nyer, toner yang ada colour gila mahal.

  2. lin azlina says:

    murahla rm27..selma ni beli yg hp 60 tu ar..sikit jer leh print..tak b berbaloi sgt..kena tukar printer kali ni
    lin azlina recently posted..Gadget Impian MerekaMy Profile

  3. Idderes Mh says:

    Serius? Wow memang nak beli la nanti. TQVM info ini sangat berguna!
    Idderes Mh recently posted..Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI – BernamaMy Profile

  4. Thanks for the info! agak murah juga harga cartridgenya, kemudian boleh cetak banyak..
    Lia Nadia Qistina recently posted..Asus Memo Tablet Android 7 InciMy Profile

  5. wan maliki says:

    saya dah guna pencetak ni lebih kurang 3 bulan lalu. Diakui printer ni amat mudah digunakan dan tiada masalah. Print, scan, copy. Berkualiti, toner yang murah. Dulu pakai berbagai model dr jenis canon tp kerana toner yang mahal, beralih kepada model hp 6020. Cukup puas hati. Cuma diingatkan, kalau install software printer ni patuhi arahan…

  6. nurhafizah says:

    salam ! sy nk tnye ckit ! sy tgk dekat area s.alam catridge tuk hp 2060 rm37 ..mahal la rasanya klu dibandingkan dgn info nih ! dekat mner sye bole dptkan catridge harga semurah tuh?
    satu lagi klu catridge semurah tuh btol ker dpt print smpi 500 helai . sbb mase sy beli supplier estimate around 300 pg jer !! tq for the feeedback my question ^_^)~~

Tinggalkan komen anda


CommentLuv badge