LG bakal mengumumkan tiga peranti baru pada acara Mobile World Congress (MWC) tidak lama lagi iaitu L7, L5, dan L3. Ketiga-tiga peranti tersebut akan membawakan teknologi paparan LG Floating Mass iaitu paparan yang pada peranti kelihatan terapung. Walaupun kami kurang jelas berkenaan teknologi ini tetapi menurut LG skrin yang digunakan akan berrasa seperti lebih nipis daripada yang sebenarnya.
Kedua-dua L7 dan L5 akan membawakan skrin 4.3 dan 4.0 inci dengan sistem operasi Android 4.0 manakala L3 akan mempunyai paparan 3.2 inci dengan sistem operasi Android 2.3.
Ketiga-tiga peranti tersebut adalah sebahagian daripad siri L-Style yang mana akan membawakan ciri-ciri berikut :
LG sebelum ini juga telah mengumumkan Optimus Vu, telefon pintar dengan nisbah aspek 4:3.
Tiada Komen