Boot To Gecko, sistem operasi sumber terbuka daripada Mozilla yang sedang dalam pembangunan telah mula kelihatan selepas acara MWC. Ianya memperlihatkan antaramuka yang menarik dan dibangunkan dengan memfokuskan kepada HTML 5 dan juga dilihat telah berjaya dibawakan kepada Samsung Galaxy S II. Walaupun masih tidak boleh digunakan sepenuhnya tetapi pembangunan sistem operasi sumber terbuka ini dilihat amat menarik sekali.

Boot To Gecko akan menggunapakai HTML5 yang mana akan membolehkan aplikasi mereka digunakan pada mana-mana peranti yang menyokong HTML5 walaupun pada platform berbeza.
Paling menarik adalah, sistem operasi ini dikatakan dibangunkan tanpa menggunakan mana-mana paten oleh pihak lain. Ini memberikan kelebihan besar kepada Boot To Gecko dimana mereka tidak perlu membayar mana-mana pihak atas paten yang digunakan dan ini akan sekaligus menjadikan peranti yang dijual dengan sistem operasi ini menjadi lebih murah. Pengeluar telefon pintar tidak perlu membayar kos menggunakan paten pihak lain.
Mozilla juga dikatakan sedang mengadakan kerjasama dengan Qualcomm dan Telefonica untuk membawakan peranti yang lebih murah kepada seluruh dunia. Ianya dikatakan yang mana, peranti dengan sistem operasi Boot To Gecko boleh dijual pada harga 1/10 kali lebih murah berbanding iPhone.
[Gambar Via]
“Boot to Gecko” selapas aku baca pos ni baru aku tahu rupanya smartphone OS, damn
@faridzenon recently posted..faridzenon: RT @fahmi_fadzil: "We believe in two-way comms. We are trying to solve a problem here." OCPD Wan Bari. (Jln Kurau lodged 5 cases of crim …
nk tiru android ker??..
Jebeng Otai™ recently posted..Memilih Hosting Paling Jimat
byk sgt os nya..x tahu nk pilih mana..

LangkawiHomestay recently posted..Padang Matsirat
Interfacenya nampak lebih menarik.
Azam recently posted..PIKOM PC Fair 2012 (I) Is Coming!