
Samsung hari ini mengumumkan dua peranti baru iaitu Galaxy Ace 2 dan juga Galaxy Mini 2 yang mana akan menggantikan dua peranti asal mereka, Galaxy Ace dan Galaxy Mini. Kedua-duanya akan membawakan beberapa perubahan dari segi spefikasi.
Galaxy Ace 2 akan membawakan skrin 3.8 inci dengan resolusi 480 x 800, storan dalaman 4GB, kamera 5 megapixel, pemproses dwi teras 800MHz dan akan membawakan sistem operasi Android 2.3.
Galaxy Mini 2 pula akan membawakan skrin 3.27 inci dengan resolusi 320 x 480, pemproses 800MHz, kamera 3 megapixel, storan 4GB dan juga sistem operasi Android 2.3.
Menariknya ia juga turut dikatakan akan membawakan keupayaan NFC secara optional kepada orang ramai. Kedua-dua peranti ini akan mula dijual pada suku kedua tahun ini
kecil dan comel je
azrijohan recently posted..Android 5.0 : Jelly Bean bakal dilancar tahun ini