Symantec Mengeluarkan Aplikasi Norton Untuk Tablet dan Telefon Pintar

Mungkin semua pembaca sudah tahu bahawa Norton merupakan salah satu program anti virus yang banyak digunakan, selain Kaspersky, Avast dan lain-lain jenama. Menariknya, kini, Symantec turut sama mengeluarkan aplikasi Norton untuk pengguna tablet dan telefon pintar.

Peningkatan jangkitan malware ke atas telefon pintar menyebabkan pengguna kini perlu lebih berhati-hati sebelum memasang sesuatu aplikasi, selain mereka turut memerlukan sebuah aplikasi seperti aplikasi dari Norton ini bagi memastikan tablet atau telefon pintar mereka kekal selamat.

Norton Anti Malware Symantec Mengeluarkan Aplikasi Norton Untuk Tablet dan Telefon Pintar

Sumber: androinica.com

Menariknya, selain fungsi anti-malware bagi membendung ancaman dan serangan malware, aplikasi ini turut sama mempunyai fungsi anti-theft bagi memudahkan pengguna mengesan telefon bimbit mereka yang telah dicuri. Sekiranya pemilik telefon mendapati telefon mereka hilang, mereka boleh mengaktifkan fungi “scream” bagi mengenalpasti kedudukan telefon mereka.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna perlu membeli aplikasi ini untuk menggunakannya. Bagi pengguna tablet, mereka boleh membelinya pada harga $39.99 sementara bagi pengguna telefon pintar, mereka boleh mendapatkannya pada harga $29.99. Sama juga seperti program antivirus pada komputer, pengguna juga perlu memperbaharui lesen aplikasi tersebut pada setiap tahun.

About The Author

Seorang pelajar kejuruteraan Kimia, blogger separuh masa. Penulis sambilan di Beta.my. Pemilik blog Affanruslan.com

2 Komen

  1. EddyGeek says:

    akhirnya. sebelum ni dlm peringkat beta.
    EddyGeek recently posted..PhotosMy Profile

  2. [...] Saya nak Samsung Galaxy S ll sebab fungsinya yang bersifat pelbagai serta yang paling utama adalah ingin menimba pengalaman yang tidak bersempadan bersamanya. Kata orang jauh perjalanan, luas pandangan. Dengan Samsung Galaxy S ll saya boleh mengembara bukan saja di alam maya tetapi juga di alam realiti. Dengan sistem GPS yang lengkap serta Aplikasi Toll Rate yang sememangnya memudahkan semua pengembaraan dan arah perjalanan saya. Saya tidak perlu lagi risau tentang serangan atau ancaman virus terhadap Samsung Galaxy S ll ini kerana Symantec Telah Mengeluarkan Aplikasi Norton Untuk Tablet dan Telefon Pintar. [...]

Tinggalkan komen anda


CommentLuv badge