[Tutorial] Bagaimana Untuk Membersihkan Sejarah Carian Anda Sebelum Polisi Baru Google Mula Digunakan

Google baru-baru ini mengemaskini polisi mereka dengan membawakan beberapa perubahan yang akan memberi kesan kepada pengguna. Biasanya pengguna kurang peduli berkenaan perkara ini dan menganggapnya tidak penting. Walaubagaimanapun, memahami apa yang bakal berubah setelah polisi ini ditukar amat penting kepada orang ramai.

Jika sebelum ini, Facebook dikatakan mengesan laman web yang anda layari melalui cookies jika anda log masuk ke akaun Facebook anda. Setiap laman yang anda layari boleh dikesan oleh pihak mereka. Facebook walaubagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengeluarkan kemaskini bagi menghadapi masalah cookies tersebut.

Menurut Google, pengenalan polisi baru ini akan menggunapakai informasi dari satu servis untuk digunakan pada servis lain mereka jika pengguna log masuk akaun Google masing-masing. Ini bermaksud jika anda log masuk ke akaun Google anda, setiap tindakan yang dilakukan pada servis mereka seperti Carian, Youtube dan lain-lain akan dikesan, dan informasi ini akan digunapakai untuk servis mereka yang lain bagi membawakan iklan dan informasi yang lebih tepat untuk anda. Lihat video dibawah untuk maklumat lebih :

Ini bukanlah perkara yang buruk kerana ia akan memudahkan hasil carian kita. Namun, kami pasti tidak ramai yang mahu maklumat carian yang  mereka lakukan disimpan. Oleh itu, jika anda tidak mahu hasil carian anda dikesan oleh Google, sila ikuti tutorial dibawah :

  1. Log masuk ke akaun Google anda.
  2. Pergi ke - https://www.google.com/history
  3. Klik “Remove All Web History”
  4. Klik Ok

Dengan menekan Remove All Web History, semua data carian anda akan dipadam dan ia akan turut berhenti mengesan carian anda yang dilakukan selepas ini. Jika anda merasakan ia tidak mengganggu privasi anda, anda tidak perlu menukar apa-apa.

About The Author

Beta adalah identiti bagi penulis utama di laman ini. Anda boleh mengikuti kami di Twitter untuk kemaskini terbaru dari kami.

7 Komen

  1. Muhalith says:

    Terima ksih atas maklumat yang diberikan. Maklumat ini amat berguna.
    Muhalith recently posted..Kereta Baru Datuk Lee Chong Wei.My Profile

  2. ejam says:

    ok dah remove segala sejarah2 hitam dari google, thx yer utk tips ni.
    ejam recently posted..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.My Profile

  3. ezany-kun says:

    kalau ade banyak akaun google camne ek.. nak kena login semua ker?

  4. gamep01nt says:

    ramai org sebenarnye buat tak tahu jugak policy baru ke lama. haha. end user ramainya xde efek pun dgn perubahan ni. ke camne?
    gamep01nt recently posted..Free Desktop WallpaperMy Profile

  5. wawa says:

    saya guna maklumat utk tugasan. tima kasih

  6. sistem google ni dh mcm a.i lak..huhu

    baru nk search dh suggest ape yg kite nk crik..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..5 Kolam Air Panas Terhangat Di MalaysiaMy Profile

Tinggalkan komen anda


CommentLuv badge